EJEN ALI THE MOVIE 2019 TERBAIK!!
Pada 29 November (Jumaat) yang lalu, saya yang merupakan peminat tegar cerita kartun tempatan iaitu Ejen Ali telah mengajak rakan-rakan saya iaitu Liyana dan Amirah untuk menonton Ejen Ali The Movie iaitu sehari selepas keluarannya pada 28 November 2019. Saya tidak sabar untuk menontonnya kerana lebih kurang setahun saya menunggu episod baru selepas episod yang lepas. Episod kali ini lebih menarik dan istimewa kerana ditayangkan menerusi pawagam berbanding dengan yang sebelumnya ditayangkan di saluran televisyen biasa di TV3 ataupun dimuat naik di Youtube.
Episod terakhir yang lepas memperlihatkan pusat latihan M.A.T.A telah diceroboh oleh penjahat-penjahat dan dimusnahkan oleh mereka melalui pengeboman satelit khas. Salah seorang ketua teras M.A.T.A iaitu Ejen Zain terkorban kerana beliau mengorbankan dirinya untuk melawan bekas ketua teras M.A.T.A iaitu Ejen Djin a.k.a Uno yang mengambil keputusan untuk membalas dendam ke atas M.A.T.A kerana peristiwa pahit melibatkan dirinya dahulu. Mereka tidak sempat untuk menyelamatkan diri daripada pengeboman pusat akademik itu. Kehilangan Ejen Zain memberi kesan kepada Ali kerana sebelum terjadinya pemcerobohan itu, Ali telah bertemu dua mata dengan Ejen Zain. Pada saat itu Ali mengalami kesedihan dan kekecewaan kerana dipandang rendah dan disisihkan oleh rakan-rakan latihannya kerana Ali tidak sengaja mencederakan Iman, Mun, Kai dan robotnya semasa Overide Mode, namun Ejen Zan telah mengembalikan semangat Ali dan menjadi inspirasi untuk Ali jadi lebih baik.
Ali tidak ingin menjadi ejen M.A.T.A lagi selepas peristiwa dahsyat itu, tapi Alicia telah berjaya memujuk dan menyedarkan Ali bahawa perjuangan mereka tidak boleh berhenti setakat itu sahaja. Ejen Zain pun ingin melihat Ali kuat seperti yang diharapkannya. Kata-kata Alicia itu membuatkan Ali tersentuh dan bersedia untuk kembali ke M.A.T.A semula.
Filem animasi Ejen Ali The Movie kali ini mengisahkan tentang Ejen Ali yang bangkit untuk menentang satu ancaman baru yang ingin memusnahkan Cyberaya untuk mencetuskan pemerintahan baharu. Filem animasi ini meneroka dunia pasca kekalahan penjahat, Uno dalam musim kedua siri animasi tersebut. Ketika Ejen Ali mengukuhkan peranannya selaku barisan pertahanan baharu Cyberaya, MATA telah membaikpulih Atlas, alat ciptaan Ali, menjadi IRIS Neo, yang membolehkan peranti baharu itu diguna pakai oleh ejen MATA yang lain. Ciptaan baharu itu menimbulkan perasaan ragu-ragu di jiwa Ali tentang kedudukannya di MATA, dan dia kemudiannya didatangi oleh seseorang yang mendakwa mengetahui sesuatu tentang masa silam Ali. Ejen Ali kini terjebak dalam misi berisiko tinggi untuk merungkai misteri kisah hidupnya, yang berpotensi untuk mengkhianati kesetiaannya kepada MATA.
Banyak bahagian menarik yang mampu membuatkan anda tersentuh, sebak dan tertanya-tanya tak sabar untuk mengetahui apa yang bakal terjadi seterusnya. Jika anda ingin tahu, saya menyeru pergilah menonton dan memberi sokongan kepada filem animasi ini. Setaraf dengan filem antarabangsa. Saya berbangga dengan anak seni tempatan yang mula melonjakkan potensi negara untuk setanding dengan negara luar, Hollywood secara amnya. Jalan ceritanya pun menarik berbaloi dengan harga tiket :D
Saya bagi rating 1000000/10 untuk #EATM <3
MAJULAH MALAYSIA!!!https://bukudiariaidashari.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan